kerdilnya kita ..kan?

Sunday, November 25, 2007

al-Hafiz atau al-Muqri' ?

Sebenarnya gelaran al-Hafiz kepada golongan yang menghafaz al-Quran hanyalah dari segi pengertian bahasa arab sahaja,yang membawa maksud mereka yang menghafaz dan menjaga kalam Allah yang mulia iaitu kitab al-Quran , sedangkan dari segi istilahnya , golongan yang menghafaz 30 juzu’ al-Quran sebenarnya digelar “ al­-Muqri ‘ “ . Gelaran “ al-Hafiz “ pula pada istilahnya adalah gelaran bagi golongan yang telah menghafaz sebanyak 40 000 hadith atau lebih.
Bagaimanapun , kelebihan dan keutamaan mereka yang menghafaz al-Quran tidak dapat dinafikan lagi , lantaran banyaknya hadith2 yang menyebut mengenai kelebihan yang dikurniakan kepada penghafaz al-Quran.Mana tidaknya , mereka memperincikan setiap patah dan huruf dari al-Quran di dalam dada mereka.Disebut di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w yang masyhur iaitu “ sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya “.malahan kelebihan yang dijanjikan kepada golongan yang menghafaz al-Quran tidak hanya kepada diri penghafaz al-Quran tersebut sahaja ,bahkan disebutkan juga bahawa dia bakal memberikan syafaat ( pertolongan ) kepada 10 orang dari ahli keluarganya.Begitu banyak kelebihan yang digambarkan Nabi s.a.w terhadap golongan ini , sehinggakan disebut di dalam sebuah hadith , boleh rujuk di dalam kitab 'attibyan fi adaabi hamlatul quran ' karangan Imam Nawawi r.h ; “ Barangsiapa yang menghafaz al-Quran kemudian dia beramal dengannya ( isi kandungan al-Quran ) maka Allah ta’ala akan memakaikan kepada kedua ibu bapanya sebuah mahkota pada hari Qiamat,yang mana cahaya dari mahkota tersebut lebih terang daripada pancaran cahaya matahari di dunia “. Cuba kita bayangkan,kalaulah kedua ibu bapanya yang bukan merupakan penghafaz al-Quran dianugerahkan mahkota sedemikian rupa,maka apatah lagi dengan orang yang menghafaz al-Quran itu sendiri?

syaratnya , penghafaz al-Quran itu hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah ta'ala , bukannya mengharapkan gelaran atau ganjaran dunia yang melalaikan ini.

bukan sekadar bace ..


Lantaran tugas dan tanggungjawab manusia sebagai khilafah,maka seorang penghafaz al-Quran itu tidak seharusnya menjadi manusia yang sekadar bermain-main dengan bacaan al-Quran pada lidah2 mereka sahaja,bahkan lebih daripada itu mereka seharusnya turun ke medan dakwah dan perjuangan,kerana dunia hari ini yang semakin tenat memerlukan barisan para hafiz al-Quran yang berjuang di barisan paling hadapan.

Alhamdulillah,atas kesedaran yang diberikan oleh abang2 terdahulu ( sebagai asbab ) maka saya turut terjun ke medan perjuangan dan dakwah yang serba mencabar ini. Biarpun taklifat demi taklifat yang diberikan agar sukar diterima namun saya merasakan ia tidak patut dijadikan alasan untuk menolak perjuangan,kerana yakin yang memilih itu adalah Allah ta’ala..apatah lagi bila melihat kepada keadaan dunia akhir zaman yang semakin ranap hari demi hari,maka saya semakin sedar bahawa saya mempunyai tanggungjawab yang teramat berat.

Dalam melihat keadaan dunia hari ini , manusia sebenarnya terbahagi kepada 2 golongan,yang secara mudah disimpulkan ; golongan yang sekadar melihat,mengkritik dan bersembang di warung2 kopi , dan golongan kedua adalah yang mengambil serius dengan turun ke gelanggang untuk sama2 mencegah dan menghapus kemungkaran dan maksiat yang berlaku.nah, hakikatnya kita berada di golongan yang mana ? ramai sekali yang beralasan , mereka tak mampu berbuat apa2..adakah mereka begitu lemah sehinggakan tidak langsung mampu menyumbang kepada perjuangan walaupun hanya dengan sepatah idea atau sedikit kudrat yang mereka ada?semua itu hanyalah alasan untuk mengelak dari berjuang , hakikatnya ramai manusia tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini,lantaran tugas mereka selaku ‘khalifah ‘ Allah ta’ala.

Tuesday, November 20, 2007

ada apa dengan "T"?

Di dalam hidup manusia,yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat,negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat,negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat,permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
apabila pembangunan meningkat,kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu,tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki,budak budak muda pakai seluar ketat.Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat .Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,jam tu kita tengokbayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa?Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat ..
dan memperbanyakkan ibadat.

Monday, November 19, 2007

first touch..


"Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya..''

Maksud Hadith.